LATAR BELAKANG ASRAMA


Asrama Puteri SMK Sri Tanjung ( Aspuri SEMESTA JEA 6005 ) telah siap dibina pada tahun 2011 dan mula menempatkan para pelajar pada 15 Mei 2011 ( Ahad ). Kapasiti pelajar asrama seramai 110 orang khusus untuk pelajar perempuan dan dibina bersebelahan dengan padang SMK Sri Tanjung.

Terdapat satu blok bangunan yang memuatkan 10 buah dorm, 3 pantry setiap aras, 3 bilik belajar, bilik rekreasi/ riadah, bilik rawatan, bilik pengawas, koperasi asrama, pejabat warden, dan pejabat penyelia asrama. Selain itu terdapat bangunan lain iaitu satu bangunan musolla yang di beri nama Musolla Al-Raudah, anjung selera ( dewan makan ), 2 buah rumah warden ( Teratak Ma’wa & Safa ) dan 6 pondok rehat di mana setiap pondok ada nama tersendiri. Untuk menuju ke pejabat penyelia asrama dan pejabat warden terdapat satu lorong yang di beri nama Lobi Proklamasi.
Lobi ini menempatkan sudut maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal asrama nya.
 


Pengetua Sekolah adalah sebagai Pengerusi Tertinggi dalam asrama, di mana pengurusan asrama adalah di bawah Unit HEM (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), dibantu oleh kaunselor asrama, 2 orang warden serta dibantu oleh 4 orang pembantu warden.
 

Pengurusan asrama ini juga dibantu oleh 25 orang ahli jawatankuasa aspuri yang diketuai oleh Presiden Aspuri, Naib Presiden Aspuri serta dibantu Biro-biro di bawahnya iaitu Biro Kebajikan, Biro Makanan, Biro Rekreasi, Biro Keceriaan dan Biro Kebersihan, Biro Akademik, Biro Multimedia dan Biro Disiplin.